Friday, December 31, 2010

baru sempat..

Bicara apa ya jam 1:29 pagi ini, mata aku sukar mau lelap . Mungkin hasil tujahan Nescafe dikerokong kali. Di sini Maludam baru saja berhenti hujan. Tanggal 23 desember 2010 dan hanya 8 hari saja lagi kita akan melangkah pada tahun baru. Aku gembira tapi tidak teruja akan kehadiran 2011 tetapi bersyukur jika waktu itu masih diberi kesempatan untuk hidup. Banyak perkara yang aku harus selesaikan dan hal-hal seperti kuliah membuat aku berfikir terus bagaimana mahu mehabiskan waktu di kolej dengan lebih baik dan tersusun. Melihat pada beberapa tahun kebelakang aku tidak dapat mengatur perjalanan masa aku dengan baik dan tersusun. Ada saja perihal yang membuat aku seperti huru-hara. Jika dilihat aku ini bukan lah super star kehidupan nya amat padat hingga perlunya PR . Tapi punya gaya!. Melihat photo-photo lama ketika aku baru mula kuliah, aku ghairah seketika ketawa dan tersenyum. Dari rambut aku pendek dan kini panjang nya persis cewe tapi apa lah ada pada rambut. Tapi inginya mau seperti Steve Aoki seorang Dj antarabangsa itulah lucu juga ya impian ku he he he he… Ada yang aku lupa dan tinggalkan bila melihat photo itu. YA! Aku lupa akan niat aku yang sebenarnya ketika mahu belajar disini. Bukan mahu kerja sambilan dan tidak pula mencari cinta. Dan dengan itu aku terus menerawang di langit akal aku mencari dan memikir , apa harus atau biarkan saja apa yang berlaku .
Argh! Aku mesti memikirkan hal ini aku bersyukur atas apa yang Dia yang Esa dengan apa yang telah diberi ketika hayat ini. Meski pun tidak semua aku dapat tapi ada. Syukur Alhamdulillah.Aku diberi keluarga yang baik lagi memahami sedikit jiwa gila aku ini, lagi-lagi teman dari masa kecil hingga aku di kolej ini, mereka-mereka ini orang-orang yang hebat!. Hinggakan terhasil sebuah perjalanan hidup aku ini penuh dengan cerita yang menjadi klasik kelak.
Serius ya bicara aku kali ini. Serius?
 Berbola mata ini mula kelat ertinya dan tindakan nya adalah tidur.
Daaaaaaa……
LOVE,RESPECT & PEACE.

Selamat pagi dunia.Aku bangun awal pagi ini seawal jam 6:00 pagi ya, bukan ke kuliah ya atau ke kantor tapi mahu pulang awal dari rumah teman semalam aku lepak umah dia sampai tertidur.

Hari ini 27 bulan disember 2010. Aku pulang berjalan kaki kerumah dan teman aku yang lain masih tidur. Atas jalan sedikit lembab sebab embun pagi mungkin. Segar ya amat! Kerana kesegaran itu aku terimbas akan memori silam yang sedikit kabur kayak kabus pagi. Di atas jalan ini lah tempat langkah-langkah kaki aku berjalan kehadapan mengenal dunia tersenyum sendirian aku. Masa dulu aku happening gila . Aku ada member yang muda setahun dari aku (Salan) nama betul tak  ingat dia jiran depan umah aku. Aku dengan dia memang kamceng apa aktiviti time tu aku buat bersama. Walau dia muda dari aku tapi hebat cara berhibur. Masa mula aku diajak berparty pada tahun ketiga sekolah menengah. Bulan ogos 1997 aku ,salan dan member yang lain ke Bandar nak sambut haru Merdeka. Aku minom arak yang kita rembat kat market PARKSON. Perghh! Time tu dunia aku yang punya. Gila aku time tu kalu mak abah aku tahu mati aku. Tapi setan hebat kuasai pikiran aku. Pukimak ko setan!
Aku tamat sekolah menengah tahun 1999. Masa itu aku masih hijau seperti omongan orang seni lagian minda nya lagi cetek mahu memikirkan soal dunia. Dan tahun ini juga kehidupan aku sebagai manusia berubah terus , aku bebas sebebas nya dan seperti seawal pagi ini ketika itu aku sudah biasa pulang pagi begini jam 5 atau 6 pagi. Lepas je habis paper petang tu (S.P.M) aku ngan member balik dan plan macam-macam. Yang pasti aku tahu lepas ini aku dan rakan-rakan lain pasti tidak akan jumpa sekerap hari ini seperti 10 tahun yang lepas ketika petama kali nya ke sekolah.
Mak aku panggil la…ilang ayat-ayat aku.
Daaaaaaaaaaaaaa……

No comments:

Post a Comment