Friday, December 31, 2010

baru sempat..

Bicara apa ya jam 1:29 pagi ini, mata aku sukar mau lelap . Mungkin hasil tujahan Nescafe dikerokong kali. Di sini Maludam baru saja berhenti hujan. Tanggal 23 desember 2010 dan hanya 8 hari saja lagi kita akan melangkah pada tahun baru. Aku gembira tapi tidak teruja akan kehadiran 2011 tetapi bersyukur jika waktu itu masih diberi kesempatan untuk hidup. Banyak perkara yang aku harus selesaikan dan hal-hal seperti kuliah membuat aku berfikir terus bagaimana mahu mehabiskan waktu di kolej dengan lebih baik dan tersusun. Melihat pada beberapa tahun kebelakang aku tidak dapat mengatur perjalanan masa aku dengan baik dan tersusun. Ada saja perihal yang membuat aku seperti huru-hara. Jika dilihat aku ini bukan lah super star kehidupan nya amat padat hingga perlunya PR . Tapi punya gaya!. Melihat photo-photo lama ketika aku baru mula kuliah, aku ghairah seketika ketawa dan tersenyum. Dari rambut aku pendek dan kini panjang nya persis cewe tapi apa lah ada pada rambut. Tapi inginya mau seperti Steve Aoki seorang Dj antarabangsa itulah lucu juga ya impian ku he he he he… Ada yang aku lupa dan tinggalkan bila melihat photo itu. YA! Aku lupa akan niat aku yang sebenarnya ketika mahu belajar disini. Bukan mahu kerja sambilan dan tidak pula mencari cinta. Dan dengan itu aku terus menerawang di langit akal aku mencari dan memikir , apa harus atau biarkan saja apa yang berlaku .
Argh! Aku mesti memikirkan hal ini aku bersyukur atas apa yang Dia yang Esa dengan apa yang telah diberi ketika hayat ini. Meski pun tidak semua aku dapat tapi ada. Syukur Alhamdulillah.Aku diberi keluarga yang baik lagi memahami sedikit jiwa gila aku ini, lagi-lagi teman dari masa kecil hingga aku di kolej ini, mereka-mereka ini orang-orang yang hebat!. Hinggakan terhasil sebuah perjalanan hidup aku ini penuh dengan cerita yang menjadi klasik kelak.
Serius ya bicara aku kali ini. Serius?
 Berbola mata ini mula kelat ertinya dan tindakan nya adalah tidur.
Daaaaaaa……
LOVE,RESPECT & PEACE.

Selamat pagi dunia.Aku bangun awal pagi ini seawal jam 6:00 pagi ya, bukan ke kuliah ya atau ke kantor tapi mahu pulang awal dari rumah teman semalam aku lepak umah dia sampai tertidur.

Hari ini 27 bulan disember 2010. Aku pulang berjalan kaki kerumah dan teman aku yang lain masih tidur. Atas jalan sedikit lembab sebab embun pagi mungkin. Segar ya amat! Kerana kesegaran itu aku terimbas akan memori silam yang sedikit kabur kayak kabus pagi. Di atas jalan ini lah tempat langkah-langkah kaki aku berjalan kehadapan mengenal dunia tersenyum sendirian aku. Masa dulu aku happening gila . Aku ada member yang muda setahun dari aku (Salan) nama betul tak  ingat dia jiran depan umah aku. Aku dengan dia memang kamceng apa aktiviti time tu aku buat bersama. Walau dia muda dari aku tapi hebat cara berhibur. Masa mula aku diajak berparty pada tahun ketiga sekolah menengah. Bulan ogos 1997 aku ,salan dan member yang lain ke Bandar nak sambut haru Merdeka. Aku minom arak yang kita rembat kat market PARKSON. Perghh! Time tu dunia aku yang punya. Gila aku time tu kalu mak abah aku tahu mati aku. Tapi setan hebat kuasai pikiran aku. Pukimak ko setan!
Aku tamat sekolah menengah tahun 1999. Masa itu aku masih hijau seperti omongan orang seni lagian minda nya lagi cetek mahu memikirkan soal dunia. Dan tahun ini juga kehidupan aku sebagai manusia berubah terus , aku bebas sebebas nya dan seperti seawal pagi ini ketika itu aku sudah biasa pulang pagi begini jam 5 atau 6 pagi. Lepas je habis paper petang tu (S.P.M) aku ngan member balik dan plan macam-macam. Yang pasti aku tahu lepas ini aku dan rakan-rakan lain pasti tidak akan jumpa sekerap hari ini seperti 10 tahun yang lepas ketika petama kali nya ke sekolah.
Mak aku panggil la…ilang ayat-ayat aku.
Daaaaaaaaaaaaaa……

Saturday, December 11, 2010

6 hari dah...

ARGgghhhhhhhhhhh...aku buntu otak beku! jam berjalan dengan detingan minit dan saat maka hari ini adalah hari yang ke6 aku di Kuching. Sebenarnya aku pun tidak menghitung waktu yang berjalan cuma mengundur akan waktu dengan mengenang kisah lampau yang seperti kopi dan susu enak nya... 

Sialan kenapa aku dalam permainan seperti ini aku letih laaaa.........

Dah la aku nak tidor. Bangsat!!!

Saturday, December 4, 2010

entah la dia...

Fuhh....ada debu la...erm  lap sikit.Dan sebenarnya agak lama aku tak g tengok aku yang satu nie sian dia time aku suka in love hari-hari aku g jengok dia tapi lately kurang tapi bukan dah x love cuma aku banyak perkara nak kena buat dulu ada rasa nak jumpa dia time keje tapi aku x boleh dekat. Depan mata pun aku x mampu nak cium sebab penat sian kan aku dan dia.


Dia lah tempat aku luah segala rasa dalam hati aku ni, dia x esah pun kalu aku nak maki-maki depan dia senyap je. Bila tanya dia jawab paling tidak pun dia senyum. Entah dia yang aku anggap kawan sudah seperti manusia yang paling aku sayang from deeply of heart.


Kalu aku tipu dia pun  kantoi dia okay je..aku pun pelik kenapa dia macam tu, mula mula aku ingat dia x ada rasa kat aku tapi lama-lama baru aku tahu. Dia betul suka dan sayang aku. Dia kata dia suka semua perihal buruk yang aku ada sebab dia kata aku lebih baik dari apa yang dia nak. Kalu baik dansempurna itu terlalu biasa bagi dia sebab benda dua tu kadang-kadang tak jujur dn ikhlas macam buruk dan jahat.


Aku selalu guna nama dia untuk kesenangan aku sendiri. Macam-macam lah lagi aku buat tapi dia still ok!
Dan aku juga x ingin dia berubah sebab kerana itu dia aku selalu tengok cermin dan perhatikan diri sendiri kenapa aku jahat sangat, kenapa aku buat dia macam tu walau seribu kebaikan dia buat untuk aku. Ataupun inikah kenangan paling best dalam hidup aku semasa kat Serdang ni selama aku kenal dia dan dia cipta semua ini untuk tinggalkan aku kelak.


Biarlah kalu dia tinggalkan aku pun aku tau itu balasan aku sebab x jaga hati dia baik, walau apa pun yang terjadi aku sayang kamu macam kamu sayang diri kamu.

Thursday, November 4, 2010

Penungu bas.

Debu, panas, dan jejantas
Malam terang di jalanan tuangan oleh neon,
Aku menungu bus dalam sesak
Otak juga sesak diasak dilema
Aku benci dan rimas tiada pilihan
Jalan jauh aku penat
Tak keje aku susah
Bila belajar aku bosan
Bila tidak kuliah aku ketinggalan
Inilah hidup
Tiada pilihan
Tapi aku sungguh pasti semua itu pasti ada penghujunganya

Tuesday, November 2, 2010

Hidup.after an evening slept..

After an evening slept.. Aku bangun lantas mencari sedikit makanan di gerobok peti sejuk. Nah! aku temukan salad untok santapan aku.  Bermalas- malasan aku membuat nya dan di bantu teman seraya mereka semua membantu menghabiskan rumput-rumput itu.Lalu aku buatkan secangkir nescafe dan di makan dengan biskut. 


Aku makan dan minum sambil melayang dibuai perasaan yang tidur tadi, Entah aku ini boleh saja melakukan kerja ato perbuatan dengan apa jua cara sekalipun dengan memikirkan benda lain. akhirnya separuh sahaja yang aku miliki yang lain terbang seperti debu di awang-awangan. Langit di luar jendela pekat hitam tanpa bintang  dan jalanan pula kekuningan disimbahi neon di tepi jalan, kereta ,motor dan si penjalan kaki sedang sebuk melakukan hal masing-masing atas kehendak kehidupan mereka. Melihat mereka aku terfikir apakah mereka ini tidak punya masalh? atau adakah mereka ini ikhlas dalam menjalani kehidupan mereka? minda aku ligat mencari persoalan tentang kehidupan ini. Aku juga manusia seperti mereka tetapi jalan dan cara hidup aku amat berbeza secara Amnya.
   Perbezaan itu biar aku sendiri yang simpan dan tahu. Akhir-akhir ini aku sering memikir teman aku yang seorang ini kerana aku merasakan ada sesuatu yang tidak selesai, seperti bergatung tidak bertali aku atas hal-hal seperti ini. Mungkin aku yang tidak ikhlas atau dia yang bukan seseorang yang bisa di anugerahkan sahabat buat aku dan layaknya cuma teman atas teman. Berdosa amatkah aku atas masa lalu hingga di beri seribu dugaan tentang hidup dalam mencari teman yang sejati. Tidak layakah aku di gelar sahabat, teman, kawan atau kekasih dan apakah ini yang di anggap "kehidupan"? .


Sebuah kehidupan ini pada pandangan aku adalah sesuatu hal yang telah kita tetapkan oleh Dia yang Esa.
Dan kita jalani atas apa yang telah tertulis pada diary kita sebagai manusia yang lahirnya sebagai seorang yang muslim dan muslimah. Seringkali aku mendengar pada qada dan qadar atau hikmah di sebalik kejadian itu.
Dan benarkah semua yang berlaku terhadapa kita adalah sudah tersurat? dan kalau kita seorang pembunuh maka pembunuhlah kita dan jadilah kita pembunuh. Aku juga keliru atas itu.


Dan atas kata hati aku yang kedua aku adalah pendosa. Aku terima dan jalani kehidupan aku ini seperti mendengar deruaan ombak yang kadang-kala melantunkan lagu indah-indah dan kadang-kala lagu nya aku sendiri tidak mengerti apakah melody nya hingga menangis di sukut gelapnya hati. Aku bebas melakukan dosa yang aku sudah tahu akan nya. Kemudian aku meikirkan Dia menangis pula aku selepas itu. Dan akhirnya aku terus dan berterusan melakukan dosa tanpa segan tanpa takut walaupun  sebenar aku  resah. Dan aku jadikan ia adalah suratan kehidupan aku.


Aku dah tak kesah apa yang akan terjadi seterusnya dan aku nak teruskan dengan apa yang aku nak dan rasa. Pada mereka yang tidak suka pada cara dan pandangan aku "Terima kasih" aku ucapkan tiada apa yang mampu aku katakan karna kalian punya akal dan rasa yang bisa menilai dan bukan hak aku untuk tidak bisa menerima ucapan dan penilaian kalian. Kita ada hak dan pandangan masing-masing jadi ini lah kehidupan kita.


"peace, love, and respect"



 

Monday, October 25, 2010

carut aku yang berbaki

"terjerat diri makan hati
aku di maki bertubi-tubi
minom kopi tak henti- henti
sampai kuning semua gigi
nak makan roti orang tak kasi
maki ku dalam hati
entah bila aku sedari
hari belarut hampir dini hari
layari maya setiap hari

aku nampak ngkau berlari-lari
seperti anak babi
pergi blah dari sini
tengok ko aku benci
rasa nak cacak dengan belati 
cermin lah ko diri-sendiri
mapus lah ko nanti
mati dalam diri sendiri"

tulisan aku takala lonely.

Thursday, October 21, 2010

3am aku yang besa-besa.

Terjaga dari lena aku. Entah sekadar coretan yang besa-besa sahaja. Aku pada pagi nan suci ketika ini x juga terasa embun-embun dan  pagi aku kali ini yang aku rasa cuma hangat nya panas hari semalam. Itulah rasa hangat nya rindu ini. Sungguh amat aku gemari memposting blog takala mendengar lagu-lagu indah berayatkan cinta tak kiralah ia sebuah gembira atau pun sedih, Dek kerana melody itu aku mencari apakah sebenarnya erti rindu ini?... wajarkah jika rindu aku pada seseorang yang aku belom pasti akan diri aku sendiri  mau pun dia... Dulu aku tau rindu ini pasti berbalas kerna dia memang milik aku. Dengan dia putaran bumi kurasa seperti laju dari besa-besa,sejam berlalu bagaikan saat detiknya tetapi kini aku seperti merasa baru semalam aku pulang bersua kasih dan rasa dengan si dia sedangkan sudah beberapa tahun  ia berlalu tetapi mememori ini masih teguh dalam bait-bait nya yang amat tersendiri yang amat aku bangga.


Kerana cinta aku bukan cinta besa-besa. Cinta yang aku miliki amat luar biasa dan tersangat berbeda. Pada akal yang normal. Keperibadian aku pada dia dan dia pada aku dan pada kalian yang mengenali aku amat tidak masuk di akal! Aku sendiri sebegitu takala mempunyai ruang untuk memikirkan perjalan cinta dan rindu aku pada dia.Betapa kau tidak keruan.


             Argh..! emang benarlah kat-kata penyajak ato penglipur lara cinta itu buta sebuta pada org yang 
Azalinya yang buta mata. Setianya pada batang yang mencacah bahu-bahu jalan yang mereka lalui kuat dan teguh sehingga setiap kali berdua tidak kira waktu malam atau siang tidak kira musim panas atau sejuk itulah hebat nya penangan CINTA!. 
           
   Akan tetapi cinta luarbisa itu aku rasa kini hanya tinggal memori yang bergitu indah dan teguh kerana masih berbaki rasa.  aku dan dia ..kerana aku dan dia tidak menoktah kan seperti seharusnya. 


 "cintaku bukan lah cinta biasa jika kamu yang memiliki" bait melody dari Afgan.


Akhirnya aku mengerti jua hakikat dan kebenaran. Aku sebenarnya sudah di cintai dari lahir oleh Abah dan Emak , kak Ina ,kak Piah dan adik Nor, Bob dan my little lovely sister yang mereka bertiga ini yang aku cinta sebelum mereka merasa indah nya dunia. Tidak kiralah perlakuan aku yang burok atau yang besa-besa saja itu. Mereka tetap kenang aku pasti aku kenang sehingga nafas aku berhenti.

Wednesday, October 20, 2010

tidaklah cinta itu cinta..

Apakah aku mengenal perihal cinta? Cinta itu buta kata penyajak - dan aku bukan manusia biasa. Aku tidak harus berperasaan sebegini - masa aku mengenal akan dia sepuluh tahun kemudian, aku baharu saja berkabung dalam kematian cinta bersama seorang yang berbangsa wargakota, yang aku kenali selama lima tahun - dalam masa yang singkat, aku ingin sekali bercumbu dengan cinta yang diibaratkan sejati antara manusia - aku ingin mengenali apakah itu yang dikatakan, yang dihangatkan dibibir-bibir penyajak, dan pena-pena penulis terkenal.
Sepuluh tahun kemudian aku terserempak dengan dirimu... Pada mulanya bila mataku terpandang akan dirimu, aku mengelak diri - aku senang sekali tertarik dengan keindahan. Keindahan itu adalah harga yang aku tidak akan mampu membayar, dan cinta terindah, suatu cerita yang sukar dikupas. Kiranya hatiku ini tidak berperasaan pasti hidup aku ini senang - Aku tak akan kesah kepada yang cantik, atau yang buruk; benar atau yang salah. Peduli apa aku dengan cinta dari bibir manusia atau dari mata yang memandang mengaku setia sepintas lalu kiranya sepintas itu, hanya untuk memuaskan nafsu shahwat?
Kiranya ada racun atau penawar untuk menghapuskan perasaan cinta ini bagi dirimu, pasti aku telah lama menelannya sebab engkau hanya membayangkan akan dirimu apabila mataku terlena, atau bila senja menyujud. Pasti aku tidak akan peduli lagi dengan kata-kata manis dan senyuman palsu bibir-bibir yang tidak segan dengan pemalsuan yang berterusan. Aku akan menelannya dengan senang sekali, kerana dengan menyintai dirimu tanpa disisiku, sepinya waktu yang berlalu, bagaikan ombak yang sentiasa bergelora antara langit dan bumi, hidup dan mati. 

Monday, October 18, 2010

Mimpi indah yang aku tidak mahu..

Aku tersedar dari lena aku yang sekejap-sekejap saja , bukan aku terlalu letih tidur, bukan bilik aku tak ada kipas huh!...tapi aku tersedar ketika mimpi aku sedang indah berkasih-kasihan. Seperti mau aku biar saja akan mimpi ini terus melayari tidur aku yang sekejap-sekejap saja itu . Oleh kerana orang yang aku bermimpi itu bukan sepatutnya aku berkasih-kasihan aku  terjaga lantas kebingungan . Tidak mahu aku teruskan kerana Dia adalah admire kawan aku. Ini Gila! Aku tau ini hanya mimpi di siang hari tapi aku tidak mahu di gelar pengkhianat walau dalam mimpi sekali pun..

Sian...

Aku baru bangun tido..sebab kawan aku dah pon balik kelas so umah agak bising la. Kawan aku bawa cucur pisang dan keropok lekor perghh..mcm mimpi petang yang indah he he he.....Tapi adalah member sorang nih nak jadi kan cerita baru je g kelas dah mengelabah nak cakap aku x gi kelas sebab bangga dapat tengok pompuan ramai dalam kelas , sian kan sebab dah agak lama x g kelas. So ak cakap la culture shock dah angin x tentu pasal...Aku ingat lagi aku kenal kan awek tempat aku keje parttime dengan dan couple. Lama dah sikit x moh dah cakap x awek dia tuh gila dan mcm x betol, Punya la elak sana-sini ngan x dia tuh. Tapi balik gak ngan awek gila yang dia kata tuh lah ak sian kat dia dan x awek dia. Fikir-fikir balik lucukan orang culture shock hina, maki-maki pas tuh amik balik x ke rasa mcm peri bahasa nie "Seperti meludah ke langit" pastu kena muka sendiri eeeeeeeeeeeee yeeekkkkkkkkkkkkkkkkkkk....... itu je lah. 

Apa-apa pon itu hak dia jalan dia aku x bleh nak halang tapi just bagi nasihat sebagai rakan. Nak jadi kawan kita kena terima apa adanya kawan baik dan burok mereka.

Moral of the story nya Think firts before u blown up the words. it's maybe sound good or annoying.

Di suatu petang.

Ermmm..aku x tau nak mula mcm mana. Punya la lama ak nak blogging x dapat2 tetapi aku dapat gak terima kasih tuhan..so i'm a new blogger harapan aku dapat selalu bersama kalian..Aku baru je balik kelas dan umah sunyi sepi sebab ada yg x balik kelas g. Aku hanya ada 3 sem lagi nak habis...terasa mcm lambat masa berlalu sebab aku nak cepat habis adan keje. Dan hidop sebebas-bebasnya atas apa yanga aku mahu.


So sekarang aku x bebas?




Dan itu yang aku rasa jiwa ,rasa , keinginanku tidak tentu dan bercelaru. Seperti dibilang orang-orang indie jiwa aku kacau


Lukisan atas itu bukan hasil aku tetapi seseorang yang aku amat suka boleh kata lifestyle dia memang ak nak tiru bulat-bulat. Sebab dia dan aku hampir sama personality.