Monday, October 25, 2010

carut aku yang berbaki

"terjerat diri makan hati
aku di maki bertubi-tubi
minom kopi tak henti- henti
sampai kuning semua gigi
nak makan roti orang tak kasi
maki ku dalam hati
entah bila aku sedari
hari belarut hampir dini hari
layari maya setiap hari

aku nampak ngkau berlari-lari
seperti anak babi
pergi blah dari sini
tengok ko aku benci
rasa nak cacak dengan belati 
cermin lah ko diri-sendiri
mapus lah ko nanti
mati dalam diri sendiri"

tulisan aku takala lonely.

Thursday, October 21, 2010

3am aku yang besa-besa.

Terjaga dari lena aku. Entah sekadar coretan yang besa-besa sahaja. Aku pada pagi nan suci ketika ini x juga terasa embun-embun dan  pagi aku kali ini yang aku rasa cuma hangat nya panas hari semalam. Itulah rasa hangat nya rindu ini. Sungguh amat aku gemari memposting blog takala mendengar lagu-lagu indah berayatkan cinta tak kiralah ia sebuah gembira atau pun sedih, Dek kerana melody itu aku mencari apakah sebenarnya erti rindu ini?... wajarkah jika rindu aku pada seseorang yang aku belom pasti akan diri aku sendiri  mau pun dia... Dulu aku tau rindu ini pasti berbalas kerna dia memang milik aku. Dengan dia putaran bumi kurasa seperti laju dari besa-besa,sejam berlalu bagaikan saat detiknya tetapi kini aku seperti merasa baru semalam aku pulang bersua kasih dan rasa dengan si dia sedangkan sudah beberapa tahun  ia berlalu tetapi mememori ini masih teguh dalam bait-bait nya yang amat tersendiri yang amat aku bangga.


Kerana cinta aku bukan cinta besa-besa. Cinta yang aku miliki amat luar biasa dan tersangat berbeda. Pada akal yang normal. Keperibadian aku pada dia dan dia pada aku dan pada kalian yang mengenali aku amat tidak masuk di akal! Aku sendiri sebegitu takala mempunyai ruang untuk memikirkan perjalan cinta dan rindu aku pada dia.Betapa kau tidak keruan.


             Argh..! emang benarlah kat-kata penyajak ato penglipur lara cinta itu buta sebuta pada org yang 
Azalinya yang buta mata. Setianya pada batang yang mencacah bahu-bahu jalan yang mereka lalui kuat dan teguh sehingga setiap kali berdua tidak kira waktu malam atau siang tidak kira musim panas atau sejuk itulah hebat nya penangan CINTA!. 
           
   Akan tetapi cinta luarbisa itu aku rasa kini hanya tinggal memori yang bergitu indah dan teguh kerana masih berbaki rasa.  aku dan dia ..kerana aku dan dia tidak menoktah kan seperti seharusnya. 


 "cintaku bukan lah cinta biasa jika kamu yang memiliki" bait melody dari Afgan.


Akhirnya aku mengerti jua hakikat dan kebenaran. Aku sebenarnya sudah di cintai dari lahir oleh Abah dan Emak , kak Ina ,kak Piah dan adik Nor, Bob dan my little lovely sister yang mereka bertiga ini yang aku cinta sebelum mereka merasa indah nya dunia. Tidak kiralah perlakuan aku yang burok atau yang besa-besa saja itu. Mereka tetap kenang aku pasti aku kenang sehingga nafas aku berhenti.

Wednesday, October 20, 2010

tidaklah cinta itu cinta..

Apakah aku mengenal perihal cinta? Cinta itu buta kata penyajak - dan aku bukan manusia biasa. Aku tidak harus berperasaan sebegini - masa aku mengenal akan dia sepuluh tahun kemudian, aku baharu saja berkabung dalam kematian cinta bersama seorang yang berbangsa wargakota, yang aku kenali selama lima tahun - dalam masa yang singkat, aku ingin sekali bercumbu dengan cinta yang diibaratkan sejati antara manusia - aku ingin mengenali apakah itu yang dikatakan, yang dihangatkan dibibir-bibir penyajak, dan pena-pena penulis terkenal.
Sepuluh tahun kemudian aku terserempak dengan dirimu... Pada mulanya bila mataku terpandang akan dirimu, aku mengelak diri - aku senang sekali tertarik dengan keindahan. Keindahan itu adalah harga yang aku tidak akan mampu membayar, dan cinta terindah, suatu cerita yang sukar dikupas. Kiranya hatiku ini tidak berperasaan pasti hidup aku ini senang - Aku tak akan kesah kepada yang cantik, atau yang buruk; benar atau yang salah. Peduli apa aku dengan cinta dari bibir manusia atau dari mata yang memandang mengaku setia sepintas lalu kiranya sepintas itu, hanya untuk memuaskan nafsu shahwat?
Kiranya ada racun atau penawar untuk menghapuskan perasaan cinta ini bagi dirimu, pasti aku telah lama menelannya sebab engkau hanya membayangkan akan dirimu apabila mataku terlena, atau bila senja menyujud. Pasti aku tidak akan peduli lagi dengan kata-kata manis dan senyuman palsu bibir-bibir yang tidak segan dengan pemalsuan yang berterusan. Aku akan menelannya dengan senang sekali, kerana dengan menyintai dirimu tanpa disisiku, sepinya waktu yang berlalu, bagaikan ombak yang sentiasa bergelora antara langit dan bumi, hidup dan mati. 

Monday, October 18, 2010

Mimpi indah yang aku tidak mahu..

Aku tersedar dari lena aku yang sekejap-sekejap saja , bukan aku terlalu letih tidur, bukan bilik aku tak ada kipas huh!...tapi aku tersedar ketika mimpi aku sedang indah berkasih-kasihan. Seperti mau aku biar saja akan mimpi ini terus melayari tidur aku yang sekejap-sekejap saja itu . Oleh kerana orang yang aku bermimpi itu bukan sepatutnya aku berkasih-kasihan aku  terjaga lantas kebingungan . Tidak mahu aku teruskan kerana Dia adalah admire kawan aku. Ini Gila! Aku tau ini hanya mimpi di siang hari tapi aku tidak mahu di gelar pengkhianat walau dalam mimpi sekali pun..

Sian...

Aku baru bangun tido..sebab kawan aku dah pon balik kelas so umah agak bising la. Kawan aku bawa cucur pisang dan keropok lekor perghh..mcm mimpi petang yang indah he he he.....Tapi adalah member sorang nih nak jadi kan cerita baru je g kelas dah mengelabah nak cakap aku x gi kelas sebab bangga dapat tengok pompuan ramai dalam kelas , sian kan sebab dah agak lama x g kelas. So ak cakap la culture shock dah angin x tentu pasal...Aku ingat lagi aku kenal kan awek tempat aku keje parttime dengan dan couple. Lama dah sikit x moh dah cakap x awek dia tuh gila dan mcm x betol, Punya la elak sana-sini ngan x dia tuh. Tapi balik gak ngan awek gila yang dia kata tuh lah ak sian kat dia dan x awek dia. Fikir-fikir balik lucukan orang culture shock hina, maki-maki pas tuh amik balik x ke rasa mcm peri bahasa nie "Seperti meludah ke langit" pastu kena muka sendiri eeeeeeeeeeeee yeeekkkkkkkkkkkkkkkkkkk....... itu je lah. 

Apa-apa pon itu hak dia jalan dia aku x bleh nak halang tapi just bagi nasihat sebagai rakan. Nak jadi kawan kita kena terima apa adanya kawan baik dan burok mereka.

Moral of the story nya Think firts before u blown up the words. it's maybe sound good or annoying.

Di suatu petang.

Ermmm..aku x tau nak mula mcm mana. Punya la lama ak nak blogging x dapat2 tetapi aku dapat gak terima kasih tuhan..so i'm a new blogger harapan aku dapat selalu bersama kalian..Aku baru je balik kelas dan umah sunyi sepi sebab ada yg x balik kelas g. Aku hanya ada 3 sem lagi nak habis...terasa mcm lambat masa berlalu sebab aku nak cepat habis adan keje. Dan hidop sebebas-bebasnya atas apa yanga aku mahu.


So sekarang aku x bebas?




Dan itu yang aku rasa jiwa ,rasa , keinginanku tidak tentu dan bercelaru. Seperti dibilang orang-orang indie jiwa aku kacau


Lukisan atas itu bukan hasil aku tetapi seseorang yang aku amat suka boleh kata lifestyle dia memang ak nak tiru bulat-bulat. Sebab dia dan aku hampir sama personality.