Thursday, October 21, 2010

3am aku yang besa-besa.

Terjaga dari lena aku. Entah sekadar coretan yang besa-besa sahaja. Aku pada pagi nan suci ketika ini x juga terasa embun-embun dan  pagi aku kali ini yang aku rasa cuma hangat nya panas hari semalam. Itulah rasa hangat nya rindu ini. Sungguh amat aku gemari memposting blog takala mendengar lagu-lagu indah berayatkan cinta tak kiralah ia sebuah gembira atau pun sedih, Dek kerana melody itu aku mencari apakah sebenarnya erti rindu ini?... wajarkah jika rindu aku pada seseorang yang aku belom pasti akan diri aku sendiri  mau pun dia... Dulu aku tau rindu ini pasti berbalas kerna dia memang milik aku. Dengan dia putaran bumi kurasa seperti laju dari besa-besa,sejam berlalu bagaikan saat detiknya tetapi kini aku seperti merasa baru semalam aku pulang bersua kasih dan rasa dengan si dia sedangkan sudah beberapa tahun  ia berlalu tetapi mememori ini masih teguh dalam bait-bait nya yang amat tersendiri yang amat aku bangga.


Kerana cinta aku bukan cinta besa-besa. Cinta yang aku miliki amat luar biasa dan tersangat berbeda. Pada akal yang normal. Keperibadian aku pada dia dan dia pada aku dan pada kalian yang mengenali aku amat tidak masuk di akal! Aku sendiri sebegitu takala mempunyai ruang untuk memikirkan perjalan cinta dan rindu aku pada dia.Betapa kau tidak keruan.


             Argh..! emang benarlah kat-kata penyajak ato penglipur lara cinta itu buta sebuta pada org yang 
Azalinya yang buta mata. Setianya pada batang yang mencacah bahu-bahu jalan yang mereka lalui kuat dan teguh sehingga setiap kali berdua tidak kira waktu malam atau siang tidak kira musim panas atau sejuk itulah hebat nya penangan CINTA!. 
           
   Akan tetapi cinta luarbisa itu aku rasa kini hanya tinggal memori yang bergitu indah dan teguh kerana masih berbaki rasa.  aku dan dia ..kerana aku dan dia tidak menoktah kan seperti seharusnya. 


 "cintaku bukan lah cinta biasa jika kamu yang memiliki" bait melody dari Afgan.


Akhirnya aku mengerti jua hakikat dan kebenaran. Aku sebenarnya sudah di cintai dari lahir oleh Abah dan Emak , kak Ina ,kak Piah dan adik Nor, Bob dan my little lovely sister yang mereka bertiga ini yang aku cinta sebelum mereka merasa indah nya dunia. Tidak kiralah perlakuan aku yang burok atau yang besa-besa saja itu. Mereka tetap kenang aku pasti aku kenang sehingga nafas aku berhenti.

No comments:

Post a Comment