Sunday, March 25, 2012

Apa yang aku rasa.

11 hari sudah berlalu aku tinggalkan Kota tercinta aku Kuching dan kembali kepada kota gila aku yang tiada lelah, dan seharusnya bukan aku mahu berada di KL selamanya tapi apakan daya jiwa aku sudah di sini.Ingin aku kembalikan kata2 aku dulu pada sahabat dan teman aku di semenanjung Malaysia dan di sebarang sana Kuching yang aku pasti tidak mahu di sentuh akan debu kuala lumpur yang penuh sisa hitam jika aku silap dan tidak bisa mencaturkan nya seperti yang aku ingin kerana ia adalah sebuah kehidupan yang Senpurna. Boleh saja teman atau kalian bermadahkan sempurna itu bukan milik kita sperti kata alim ulama dan sang pemikir atau sang per-monolog. Tapi harusnya aku seorang manusia yang hanya seketika saja hidup nya mahukan menikmati kehidupan yang sempurna. Biarkanlah mereka sesiapa saja punya hak untuk bermimpi untuk memiliki kesempurnaan itu.

Dan aku baru saja selesai menyelak helain majalah GLAM tiada apa yang berbeza dari majalah yang lain tidak kisah lah ia menrencanakan ilimiah,perubatan dan sebagai nya pasti di dalam majalah ini ada figura yang di bicarakan atau persalinan yang enak skali untuk kita tatapi sebagai daya pengikat mata untuk terus menyelak setiap helaian itu. yang pasti ada MODEL! tidak kira lah ia sesuatu yang bernyawa mahu pun tidak yang jadikan foto.

Hanya helaian yang satu ini membuat aku meneropong tulisan terus iaitu Ali Imran K(Jangan Berhenti Berharap) sebaik-baik nya supaya aku bisa faham dan mengerti akan apa yang dia mahu sampaikan. Ternyata aku membaca seolah-olah ia sebuah tulisan dari aku. Dia amat sukan pantai , lautan dan suana biru itu. Artikal itu membuat aku kembali rindukan suasana pantai di Camp Permai aku amat rindukan nya.Walapun hakikat nya pantai itu tidak secantik dan sehebat bali namanya ia tetap menjadi pantai kegemaran aku.Aku mahu bergurukan Ali Imran K yang memilih untuk hidup biasa dari orang senang semata-mata mahu mencari akan makna sebuah kehidupan sebenarnya dari sisi diri sendiri dan pengalaman hidup yang lalu, namun aku bukan dia . Yang pasti aku dan Ali Imran K mempunyai rasa yang sama tetapi suasana yang berbeza dan dan cita rasa yang hampir serupa. Kalian harus bersetuju akan aku kali ini kerana CINTA, semua tubuh yang bernyawa di setiap pejuru dunia ini mempunyai keCINTAannya cuma cinta kepada apa dan siapa berbeza. Andai ada yang kata salah atau tidak setuju belajalahr untuk menerima siapakah anda?dan rasalah cinta itu tanpa rasa bersalah kerana ia pasti menunjukan sebuah penemuan yang cukup membuat kalian merasa and adalah Manusia yang mmbutuhkan cinta.Cuma aku letih untuk bercinta sesama manusia sebab ia bernafsu dan mudah saja menjadi salah!

Secangkir kopi -o sedikit demi sedikit aku teguk sebab panas tapi aroma bau sudah cukup untuk aku memahat butang komputer riba ini selama mana mata aku bisa terjaga . Puas! haha sebab aku minum kopi. Hanya minum aku puas? aku tidak mampu untuk memuaskan diri sedang keingin aku tingi dan besar dari apa yang aku ada. Puas dan Sempurna itu relatif pada aku ia boleh saja pada yang bak mahu pun buruk.Contohnya,aku cukup sempurna kalu jadi jahat dan belum puas untuk menjadi baik. Aku terus menaip sambil rakan baik aku di sebelah , terhenti seketika aku menaip bila dia bersuara dan bertanyakan adakah aku membikin portfolio.terdiam dan terus menaip.

Bosan pula kali ini. Aku layari youtube sambil memberi halwa telinga aku akan dendangan suara Zee Avee ia itu "mee kolok sigek"dan aku mula lari niat asal aku mahu menaip. Jari ini terus menaip tanpa apa yang aku rencanakan mahu di baca oleh yg mahu singgah di blog aku ini. Seperti kalian yang lain aku punya blog tapi tidak sekadar bahasa jiwa aku ketika aku mahu blogging di sini. Lewat 01.31am tanggal 26/03/2012 baru aku sedar hari ini hari yg ke-11 aku di kuala lumpur masih mengangur. Jadi jadilah ia cerita jiwa aku kali ini yang selalu mahukan kesempurnaan itu tiba walau sedikit cuma.

Saturday, December 3, 2011

Hari ahad 3 hari bulan 12 tahun 2011 aku baru saja pulang dari Stapak, sebelum sampai umah aku singgah mamak beli maggie goreng Syahip,..sebenarnya aku dah lama tidak menitiskan rasa jiwa aku kat blog nie. Ia selama aku sendirian tanpa kekasih sunyi dan sepi. Aku memaksa mata aku untuk tidak tidur pagi 2:58 waktu Malaysia. Aku memberi kan tekak ini dengan secawan coffee mix 3in1 biar mata-mata sepet aku ini tidak bisa lelap. Dan sebenarnya aku tiba mampu untuk menjadikan curahan rasa aku pagi ini dgn baik oleh kerana aku tida bisa memikir sebaik-baik.

aku ingan berlari tapi kaki aku x bisa melangkah.
aku ingin mendengar suara cinta tp dia tidak ada.
aku ingin bermanja tetapi aku sendirian d kamar mira.
semua keingin itu di dorong oleh rasa puas yang salah dlm erti kata lain bukan itu matlamat aku sebenranya.

araaaghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!! cuma dlm hati saja aku berteriak semua tidak mampu  aku luahkan. ia terbuku.

Separuh nafasku terbang bersama angan yg tidak pasti tp aku masih berharap kejaiban itu akan muncul.

dah la aku nak tido.

end 3:11 am.

Friday, October 14, 2011

hidup ini cuma satu kali..

"hari ini sabtu kot!' arghhh..bosan tanpa apa2 aktiviti. Aku bila dah tak ada pilihan baru nak mengetok papan papan nie.
aku buntu!
rasa rindu!
tapi jauh!
aku lapar!
rasa malas!
tapi harus!
tapi hidup ini cuma satu kali...

fillet o-fish , coke ,fries and cheezels

Tak ngantuk lagi la!! sejak akhir-akhir ini aku selalu tidur lewat malam..sejak aku mula bersahur dan berpuasa.
 Alhamdulillah tahun ini aku berpuasa, baru tak malu nak sebut nama aku yang indah bila orang tanya. Tidak ada apa yang aku nak rentetkan kat dalam blog aku kali ini, cuma singgah sebentar untuk melepaskan rasa rindu dan isi kan segala kesempatan yang ada waktu ini iaitu jam 4:06 pagi hari jumaat 2 syawal.

Aku x balik kampung pun tahun ini untuk beraya...sedih juga la, tapi nak buat macam mana aku keje dan perlukan duit. Sambil aku meloloskan tulisan ini aku arahkan youtube untuk mainkan lagu-lagu shila on7 rindu gila ngan group indo yg 1 nie

entah lah aku pun keliru mana satu nak buat memblog , tgk youtube atau makan..


aku seorang je malam nie..semua org balik kampung .
arghhhhhhhhhhhhhh!!!




Wednesday, March 23, 2011

Di kesiangan 23 mac 2011

Salam rabu buat kalian, akuh baru bangun dari tido jam 2 petang. Ini semua gara-gara si Aqeel yang comel dan manja itu menangis jam 2 pagi hingga aku x lena sampai jam 6 pagi. Dalam 5 jam yang berlalu itu aku menerobos ke ruang FB dan YOUTUBE . Aku buat kan susu panas sekali lagi dan makan roti ngan jam strawberry. Dengan harapan akuh boleh tidor kemudian. Itu semua harapan. Dalam 5 jam itu juga sambil aku buat susu panas dan roti akuh terasa perasaan ini mendesak untuk mempunyai teman jiwa "soulmate" dalam otak akuh ini ada nama Hannah saja . Akuh ada rasa nak propose "lamar" dia tapi banyak persoalan yang aku kena jawab. Kenapa lah susah sangat aku Awangku Muslim bin Awang Ayub nak buat keputusan?. Sigh...huhh. Akuh juga berangan pagi tadi yang akuh ada anak dan wife yang baik. Aku pun teringin nak ber "B" mcm orang lain nak bercinta. Tapi maksud itu bukan nya aku terdesak babe! just teringin kembali bersayang-sayang. Aku tidak macho dan hensem seperti Jonny Deep or Ed Westwick or Fahrin Ahmad tapi aku juga boleh dalam ketegori mereka. Pegasan tol la..but it is the fact i'm not that bad.

Lupakan hal-hal yang bisa membuat lelaki lemah "perempuan". But i love u mak and all my sisters. Akuh dah pun tahun akher balajar risau la pulak dapat ke tidak keje and akan kah aku keje dengan apa yang aku belajar. Tapi aku nak bisnes . Hasrat hati nak dok kampung jaga Mak dan Abah. Selama akuh membesar akuh tidak pernah mnghiburkan mereka dengan baik, ada saja tindak tanduk akuh menjadi bualan orang sekeliling yang suka menyibuk hal aku. Biarlah aku nak jadi apa! Akuh pun tidak tahu apa yang aku merapu petang ini hish! ini lah aku suka berfikir dan berangan.

Buat kalian kalu boring baca blog akuh ini aku x boleh nak tolong buat korang happy. Tapi kalu kalian semua dah baca sebaris pun aku happy so terimakasih la ea. Bagi la komen yang membina untuk aku coret blog kali depan ini yang lebih baik dan menarik.Salam mesra dari aku yang berbintang Libra.

Sunday, March 13, 2011

Pakaikan aku baju yang betul!

Sejak akher-akher ini aku sering tidur lambat, Mata ini amat letih akan tetapi ia tidak bisa pejam. Dan tidak mungkin kopi yg aku bancuh dan minum itu tadi adalah punca kerana aku peminum kopi , Huh!. Dan malam ini aku baru teringat yang bahawanya aku mempunyai blog yang telah lama tidak dilawati kasihan amat dia bila perlu saja aku buka. Maafkan aku jiwa.


Aku sedang cuti semester gembira bercampur bosan turut tiba. Gembira sebab cuti dan tidak perlu aku bangun seawal-awalnya nak ke kolej , bosan sebab cuti ini aku sendirian lagi tanpa kekasih hati. Aku mendengarkan lagu Monoloque dan P.Ramlee sungguh aku teruja ketika menjatuh satu-satu perkataan yang menjadikan ayat ini boleh dimengertikan dan difahami apakah jiwa dan rasa ketika ini benar atau mainan perasaan ketika malam yang aku tidak bisa tidur. Sambil mendengarkan lagu-lagu indah.



"pakaikan aku baju".

Potret yang di atas itu aku telah potretkan menggunakan laptop yang serba berjasa pada aku.
Aku saja jadikan tajuk blog aku kali ini sebegitu. Pasti kalian pelik dan heran bukan?. Seperti aku ini tidak pandai memakai baju atau anak-anak kecil yang masih tidak pandai memakai pakaian sendiri tanpa Mak tersayang. Padahal aku ini sudah hampir setengah dekad usianya.

Begini lah aku sering berbicara dengan teman aku yang amat rapat dan kenal akan aku dari sikap baik dan buruk , dari sifat sebenar dan aku juga seorang hipokrit. Boleh percaya tapi jangan mudah terpedaya.
Dia kata dari pakaian kita boleh menilai mereka itu siapa , muzik apa yang di dengari mereka dan sikap mereka seperti apa. Tetapi aku memakai baju laki dan perempuan. OPs! jangan salah faham aku akan pakai baju perempuan yang mirip seperti baju lelaki yang saiz nya kecil sebab aku ini lelaki bersaiz S. Kalu aku jadi perempuan cantik tak? ha ha ha..lupakan soalan itu.

                                          Jadi kalian boleh la melihat baju-baju anda di gerobok baju anda. lihat dan kenal pastikan lah siapa diri anda? Melalui itu pasti anda bisa merubah diri anda sedikit dari segi baik dan tidak.Semua itu pilihan dan kehendak diri kita dan jadi lah diri sendiri jika ingin merasakan dunia itu bersifat sementara.