Sunday, March 13, 2011

Pakaikan aku baju yang betul!

Sejak akher-akher ini aku sering tidur lambat, Mata ini amat letih akan tetapi ia tidak bisa pejam. Dan tidak mungkin kopi yg aku bancuh dan minum itu tadi adalah punca kerana aku peminum kopi , Huh!. Dan malam ini aku baru teringat yang bahawanya aku mempunyai blog yang telah lama tidak dilawati kasihan amat dia bila perlu saja aku buka. Maafkan aku jiwa.


Aku sedang cuti semester gembira bercampur bosan turut tiba. Gembira sebab cuti dan tidak perlu aku bangun seawal-awalnya nak ke kolej , bosan sebab cuti ini aku sendirian lagi tanpa kekasih hati. Aku mendengarkan lagu Monoloque dan P.Ramlee sungguh aku teruja ketika menjatuh satu-satu perkataan yang menjadikan ayat ini boleh dimengertikan dan difahami apakah jiwa dan rasa ketika ini benar atau mainan perasaan ketika malam yang aku tidak bisa tidur. Sambil mendengarkan lagu-lagu indah.



"pakaikan aku baju".

Potret yang di atas itu aku telah potretkan menggunakan laptop yang serba berjasa pada aku.
Aku saja jadikan tajuk blog aku kali ini sebegitu. Pasti kalian pelik dan heran bukan?. Seperti aku ini tidak pandai memakai baju atau anak-anak kecil yang masih tidak pandai memakai pakaian sendiri tanpa Mak tersayang. Padahal aku ini sudah hampir setengah dekad usianya.

Begini lah aku sering berbicara dengan teman aku yang amat rapat dan kenal akan aku dari sikap baik dan buruk , dari sifat sebenar dan aku juga seorang hipokrit. Boleh percaya tapi jangan mudah terpedaya.
Dia kata dari pakaian kita boleh menilai mereka itu siapa , muzik apa yang di dengari mereka dan sikap mereka seperti apa. Tetapi aku memakai baju laki dan perempuan. OPs! jangan salah faham aku akan pakai baju perempuan yang mirip seperti baju lelaki yang saiz nya kecil sebab aku ini lelaki bersaiz S. Kalu aku jadi perempuan cantik tak? ha ha ha..lupakan soalan itu.

                                          Jadi kalian boleh la melihat baju-baju anda di gerobok baju anda. lihat dan kenal pastikan lah siapa diri anda? Melalui itu pasti anda bisa merubah diri anda sedikit dari segi baik dan tidak.Semua itu pilihan dan kehendak diri kita dan jadi lah diri sendiri jika ingin merasakan dunia itu bersifat sementara.

2 comments:

  1. menarik benar..nanti kau tngk kan baju 2 aq pastu tolong nilai la..hehehehe..tapi gambar tu kelakar lah..hahaha..

    ReplyDelete