Sunday, March 25, 2012

Apa yang aku rasa.

11 hari sudah berlalu aku tinggalkan Kota tercinta aku Kuching dan kembali kepada kota gila aku yang tiada lelah, dan seharusnya bukan aku mahu berada di KL selamanya tapi apakan daya jiwa aku sudah di sini.Ingin aku kembalikan kata2 aku dulu pada sahabat dan teman aku di semenanjung Malaysia dan di sebarang sana Kuching yang aku pasti tidak mahu di sentuh akan debu kuala lumpur yang penuh sisa hitam jika aku silap dan tidak bisa mencaturkan nya seperti yang aku ingin kerana ia adalah sebuah kehidupan yang Senpurna. Boleh saja teman atau kalian bermadahkan sempurna itu bukan milik kita sperti kata alim ulama dan sang pemikir atau sang per-monolog. Tapi harusnya aku seorang manusia yang hanya seketika saja hidup nya mahukan menikmati kehidupan yang sempurna. Biarkanlah mereka sesiapa saja punya hak untuk bermimpi untuk memiliki kesempurnaan itu.

Dan aku baru saja selesai menyelak helain majalah GLAM tiada apa yang berbeza dari majalah yang lain tidak kisah lah ia menrencanakan ilimiah,perubatan dan sebagai nya pasti di dalam majalah ini ada figura yang di bicarakan atau persalinan yang enak skali untuk kita tatapi sebagai daya pengikat mata untuk terus menyelak setiap helaian itu. yang pasti ada MODEL! tidak kira lah ia sesuatu yang bernyawa mahu pun tidak yang jadikan foto.

Hanya helaian yang satu ini membuat aku meneropong tulisan terus iaitu Ali Imran K(Jangan Berhenti Berharap) sebaik-baik nya supaya aku bisa faham dan mengerti akan apa yang dia mahu sampaikan. Ternyata aku membaca seolah-olah ia sebuah tulisan dari aku. Dia amat sukan pantai , lautan dan suana biru itu. Artikal itu membuat aku kembali rindukan suasana pantai di Camp Permai aku amat rindukan nya.Walapun hakikat nya pantai itu tidak secantik dan sehebat bali namanya ia tetap menjadi pantai kegemaran aku.Aku mahu bergurukan Ali Imran K yang memilih untuk hidup biasa dari orang senang semata-mata mahu mencari akan makna sebuah kehidupan sebenarnya dari sisi diri sendiri dan pengalaman hidup yang lalu, namun aku bukan dia . Yang pasti aku dan Ali Imran K mempunyai rasa yang sama tetapi suasana yang berbeza dan dan cita rasa yang hampir serupa. Kalian harus bersetuju akan aku kali ini kerana CINTA, semua tubuh yang bernyawa di setiap pejuru dunia ini mempunyai keCINTAannya cuma cinta kepada apa dan siapa berbeza. Andai ada yang kata salah atau tidak setuju belajalahr untuk menerima siapakah anda?dan rasalah cinta itu tanpa rasa bersalah kerana ia pasti menunjukan sebuah penemuan yang cukup membuat kalian merasa and adalah Manusia yang mmbutuhkan cinta.Cuma aku letih untuk bercinta sesama manusia sebab ia bernafsu dan mudah saja menjadi salah!

Secangkir kopi -o sedikit demi sedikit aku teguk sebab panas tapi aroma bau sudah cukup untuk aku memahat butang komputer riba ini selama mana mata aku bisa terjaga . Puas! haha sebab aku minum kopi. Hanya minum aku puas? aku tidak mampu untuk memuaskan diri sedang keingin aku tingi dan besar dari apa yang aku ada. Puas dan Sempurna itu relatif pada aku ia boleh saja pada yang bak mahu pun buruk.Contohnya,aku cukup sempurna kalu jadi jahat dan belum puas untuk menjadi baik. Aku terus menaip sambil rakan baik aku di sebelah , terhenti seketika aku menaip bila dia bersuara dan bertanyakan adakah aku membikin portfolio.terdiam dan terus menaip.

Bosan pula kali ini. Aku layari youtube sambil memberi halwa telinga aku akan dendangan suara Zee Avee ia itu "mee kolok sigek"dan aku mula lari niat asal aku mahu menaip. Jari ini terus menaip tanpa apa yang aku rencanakan mahu di baca oleh yg mahu singgah di blog aku ini. Seperti kalian yang lain aku punya blog tapi tidak sekadar bahasa jiwa aku ketika aku mahu blogging di sini. Lewat 01.31am tanggal 26/03/2012 baru aku sedar hari ini hari yg ke-11 aku di kuala lumpur masih mengangur. Jadi jadilah ia cerita jiwa aku kali ini yang selalu mahukan kesempurnaan itu tiba walau sedikit cuma.