Wednesday, March 23, 2011

Di kesiangan 23 mac 2011

Salam rabu buat kalian, akuh baru bangun dari tido jam 2 petang. Ini semua gara-gara si Aqeel yang comel dan manja itu menangis jam 2 pagi hingga aku x lena sampai jam 6 pagi. Dalam 5 jam yang berlalu itu aku menerobos ke ruang FB dan YOUTUBE . Aku buat kan susu panas sekali lagi dan makan roti ngan jam strawberry. Dengan harapan akuh boleh tidor kemudian. Itu semua harapan. Dalam 5 jam itu juga sambil aku buat susu panas dan roti akuh terasa perasaan ini mendesak untuk mempunyai teman jiwa "soulmate" dalam otak akuh ini ada nama Hannah saja . Akuh ada rasa nak propose "lamar" dia tapi banyak persoalan yang aku kena jawab. Kenapa lah susah sangat aku Awangku Muslim bin Awang Ayub nak buat keputusan?. Sigh...huhh. Akuh juga berangan pagi tadi yang akuh ada anak dan wife yang baik. Aku pun teringin nak ber "B" mcm orang lain nak bercinta. Tapi maksud itu bukan nya aku terdesak babe! just teringin kembali bersayang-sayang. Aku tidak macho dan hensem seperti Jonny Deep or Ed Westwick or Fahrin Ahmad tapi aku juga boleh dalam ketegori mereka. Pegasan tol la..but it is the fact i'm not that bad.

Lupakan hal-hal yang bisa membuat lelaki lemah "perempuan". But i love u mak and all my sisters. Akuh dah pun tahun akher balajar risau la pulak dapat ke tidak keje and akan kah aku keje dengan apa yang aku belajar. Tapi aku nak bisnes . Hasrat hati nak dok kampung jaga Mak dan Abah. Selama akuh membesar akuh tidak pernah mnghiburkan mereka dengan baik, ada saja tindak tanduk akuh menjadi bualan orang sekeliling yang suka menyibuk hal aku. Biarlah aku nak jadi apa! Akuh pun tidak tahu apa yang aku merapu petang ini hish! ini lah aku suka berfikir dan berangan.

Buat kalian kalu boring baca blog akuh ini aku x boleh nak tolong buat korang happy. Tapi kalu kalian semua dah baca sebaris pun aku happy so terimakasih la ea. Bagi la komen yang membina untuk aku coret blog kali depan ini yang lebih baik dan menarik.Salam mesra dari aku yang berbintang Libra.

Sunday, March 13, 2011

Pakaikan aku baju yang betul!

Sejak akher-akher ini aku sering tidur lambat, Mata ini amat letih akan tetapi ia tidak bisa pejam. Dan tidak mungkin kopi yg aku bancuh dan minum itu tadi adalah punca kerana aku peminum kopi , Huh!. Dan malam ini aku baru teringat yang bahawanya aku mempunyai blog yang telah lama tidak dilawati kasihan amat dia bila perlu saja aku buka. Maafkan aku jiwa.


Aku sedang cuti semester gembira bercampur bosan turut tiba. Gembira sebab cuti dan tidak perlu aku bangun seawal-awalnya nak ke kolej , bosan sebab cuti ini aku sendirian lagi tanpa kekasih hati. Aku mendengarkan lagu Monoloque dan P.Ramlee sungguh aku teruja ketika menjatuh satu-satu perkataan yang menjadikan ayat ini boleh dimengertikan dan difahami apakah jiwa dan rasa ketika ini benar atau mainan perasaan ketika malam yang aku tidak bisa tidur. Sambil mendengarkan lagu-lagu indah.



"pakaikan aku baju".

Potret yang di atas itu aku telah potretkan menggunakan laptop yang serba berjasa pada aku.
Aku saja jadikan tajuk blog aku kali ini sebegitu. Pasti kalian pelik dan heran bukan?. Seperti aku ini tidak pandai memakai baju atau anak-anak kecil yang masih tidak pandai memakai pakaian sendiri tanpa Mak tersayang. Padahal aku ini sudah hampir setengah dekad usianya.

Begini lah aku sering berbicara dengan teman aku yang amat rapat dan kenal akan aku dari sikap baik dan buruk , dari sifat sebenar dan aku juga seorang hipokrit. Boleh percaya tapi jangan mudah terpedaya.
Dia kata dari pakaian kita boleh menilai mereka itu siapa , muzik apa yang di dengari mereka dan sikap mereka seperti apa. Tetapi aku memakai baju laki dan perempuan. OPs! jangan salah faham aku akan pakai baju perempuan yang mirip seperti baju lelaki yang saiz nya kecil sebab aku ini lelaki bersaiz S. Kalu aku jadi perempuan cantik tak? ha ha ha..lupakan soalan itu.

                                          Jadi kalian boleh la melihat baju-baju anda di gerobok baju anda. lihat dan kenal pastikan lah siapa diri anda? Melalui itu pasti anda bisa merubah diri anda sedikit dari segi baik dan tidak.Semua itu pilihan dan kehendak diri kita dan jadi lah diri sendiri jika ingin merasakan dunia itu bersifat sementara.